05 June 2009

Cuti Sekolah berebut nak buat kenduri kahwin

Mula saja cuti persekolahan, bermulalah acara kenduri kahwin. Dalam satu hari paling sikit pun ada tiga jemputan.

Bila sudah dijemput tentulah kena hadir.

22 May 2009

Sudah Tidak Ada Mat Rempit!

Gejala Mat Rempit sudah melampau. Hampir setiap malam mereka beroperasi. Hampir setiap malam mereka menyusahkan orang ramai.

Banyak pehak sudah berusaha untuk mengatasi gejala ini. Ada yang cuba dengan cara membawa mereka ini membuat aktiviti-aktiviti keagamaan. Gagal juga. Membuat sekatan dan tangkapan setiap malam. Gagal juga. Malah polis pula dalam bahaya dirempuh oleh Mat Rempit. Ada yang mencadangkan dikenakan denda yang tinggi. Macam-macam lagi cadangan.

Akhir, dengan satu tindakan saja sudah tidak ada lagi Mat Rempit di Malaysia. Mulai 20 Mei 2009 mereka tidak lagi dikenali dengan Mat Rempit. Kini mereka dikenali dengan panggilan Samseng Jalanan.

09 February 2009

3 kali 21

Hari ini aku merayakan hari lahirku ke 21 untuk kali ketiga.

28 December 2008

Akan Berterusan

Lagi tiga hari tahun baru 2009 akan tiba. Keadaan pada hari ini menunjukkan keganasan dan pembunuhan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang dipanggil pengganas akan berterusan. Walaupun tahun saling berganti keganasan dan pembunuhan ini akan berterusan.

Selagi masih ada yang merampas hak orang, selagi itulah tidak akan ada kedamaian.

12 August 2008

Dah semakin berani atau ada yang dah lemah?

Sejak akhir-akhir ini ada puak atau kumpulan sedang menunjukkan keberanian mereka untuk mencabar kesabaran sebahagian rakyat negara ini.

Selama ini sememangnya telah dimaklumkan bahawa perkara-perkara yang ada kaitan dengan Agama Islam adalah sesuatu yang mudah membangkitkan kemarahan kaum Melayu. Perkara yang berkaitan dengan Islam tidak boleh dibincangkan dikhalayakan ramai.

Sedikit saja ada sentimen penghinaan sudah tentu mencetuskan kemarahan. Bila orang ramai sudah bersuara janganlah hendak ditunjukan berani.

Kalau sudah ditetapkan dalam Perlembagaan Negara, ikut sajalah. Kalau hendak menyatakan rasa tidak setuju, buat secara yang sepatutnya. Berundinglah elok-elok.

01 May 2008

Hari Pekerja

Hari ini adalah hari cuti bagi pekerja-pekerja di Malaysia. Hari ini pekerja-pekerja menyambut dan meraikan hari yag dikhaskan untuk mereka. Di Malaysia boleh dikatakan pekerja menghabiskan masa bercuti ini dengan agenda mereka.

Di negara-negara di sebelah barat, hari pekerja merupakan hari pekerja melepaskan geram kepada majikan mereka. Mereka akan mengadakan tunjuk perasaan dan melemparkan pelbagai tuntutan.

Di Malaysia, Kerajaan mula memberi cuti sebagai cuti umum mulai 1 Mei 1972 setelah bertahun-tahun Kesatuan Pekerja menuntutnya. Pada mulanya pehak kerajaan tidak berminat melayan permohonan ini kerana dikhuatir pekerja-pekerja Malaysia akan merayaan Hari Pekerja seperti pekerja-pekera barat menyambutnya.

Di Malaysia nampaknya tauke-tauke Supermarket merayakan hari pekerja dengan mengadakan jualan 'murah'.

05 February 2008

Dah Mula Berdentum

Tahun Baru Cina bagi tahun ini (2008) hanya 2 hari lagi. Kaum Cina telah pun membuat persiapan. Pagar rumah pun sudah dicat baru.

Pada sebelah malam sudah pun boleh kedengaran bunyi dentuman mercun. Kerlipan bunga api selepas dentuman pun boleh juga dapat dilihat.

Kalau dalam akhbar kerap juga diberitakan pehak Kastam atau lain-lain pehak berkuasa berjaya merampas berkontena mercun yang cuba diseludup masuk ke negara kita, dari mana pula datangnya mercun yang berdentum sebelah malam itu datang?

Atau ada kemungkinan juga yang dapat dirampas satu kontena dan yang terlepas lebih dari itu.

Entah!